Tuesday, December 28, 2010

Pelangi, kami ingin ke sana...

Kali ini saya kongsikan satu cerpen. Cerita yg punya cerita sendiri. Cerita tentang anak tsunami. Cerita yg dekat dengan mimpi saya dulu.. Cerita yg mengingatkan saya tentang anak-anak pesantren yg kenal erti hidup dan redha pada takdir Tuhan...Semoga bermanfaat..

 

~   sempena ultah tragedi tsunami 26 Disember 2004-2010    ~


Oleh ARIFF MOHAMAD

SELURUH kesunyian ini rupa-rupanya untuk kami. Entah bila dapat ditebat. Kusut pada mata zahir entah bila terungkai. Pedih dan perit bagai rantaian yang payah sekali untuk dilepas. Hinggakan air mata kami telah kering, sekering darah telah meresap ke dalam bumi ini.
Selepas desaku berubah menjadi padang, aku rasakan kesepian dalam hati teramat. Manusia-manusia yang dulunya aku anggap keluarga kandung, tidak pasti di mana jenazahnya apatah lagi batu nisannya. Mesra dan usikan jiran-jiran yang sering bertanya mahu ke mana kini menjadi ratapan yang melatari siang dan malam.
Ketawa teman-teman sekolahan kini hanya kenang-kenangan yang tidak akan dapat diputar dalam kenyataan. Aku hanya mampu bermain dengan mimpi. Mimpi kosong dalam hakikat cuma berisi dalam harapan yang entah, nanti tinggal harapan semata atau akan dapat dikecap sinar nyatanya.
Aku amat menyenangi angin. Di tepi laut aku pernah menyatakan pada ombak, bahawa aku harus berani menghadapi masa depanku. Aku perlu menjadi anak yang kuat. Aku nyatakan kepada ombak bahawa aku bercita-cita ingin berjasa kepada desa ini. Aku ingin menjadi seorang guru kecil yang dapat menumpahkan pengetahuan dan pengalamanku yang sedikit ini kepada anak-anak desaku. Aku ingin membesarkan pondok ilmu di desaku dengan gemburan semangatku.
Aku berlari-lari di sepanjang pantai. Sesekali kujejaki dasar terdekat mengharung laut hingga ke paras dadaku. Ketika ombak petang memukul, aku seolah-olah bersedia menghadapinya. Ketika berdiri di pantai, aku gembira sekali melihat ombak yang datang lalu menyentuh kakiku.
Belum sempat aku tunaikan kata-kataku dengan sepuas hati, ombak itu juga yang memusnahkan. Oh, sungguh. Sungguh, ini ketakjuban Yang Maha Kuasa. Aku merasakan aku tewas, lemah. Qadak dan qadar Allah telah pun dinyatakan dalam rukun iman.
Aku antara yang bernasib baik dapat terus melihat matahari dan bulan. Syukur, aku masih hidup dengan sihat. Aku masih boleh bernafas dalam kehancuran ini. Ya, aku berasa amat lemah, dan aku sungguh tidak dapat untuk bergembira kerana aku masih hidup. Sedangkan semua yang aku cintai telah tiada. Hanyut dibawa ombak, hilang diajari bencana, pergi dari dunia ini dengan sekelip mata. Pernah aku tertanya sendiri, mengapa aku tidak bersama-sama mereka terkorban dalam tragedi ini?
Sesungguhnya percayalah, aku tidak mampu tersenyum sehingga kini.
Kayu yang berserpihan kami pilih yang kuat untuk dijadikan tiang. Tanpa dinding kami bentangkan tikar anyaman sebagai alas kayu-kayu yang tidak sempurna saiz. Kami dapatkan kain kanvas nipis sebagai bumbung. Terbinalah khemah yang kami namakan Pondok Ilmu.
Berhampiran tapak sekolah kami yang rosak, kami bangunkan kembali pusat ilmu ini. Terlalu daif. Memang, terlalu. Namun inilah yang dapat kami bangunkan dari runtuhan. Fizikalnya memang seperti kami, lemah dan tidak sempurna, namun yang lebih penting adalah kekuatan kami untuk membinanya, meneruskan cita-cita kami.
``Sementara sahaja. Sementara sekolah kita dipulihkan.'' Kataku kepada anak-anak yang bertanya.
``Pondok ilmu mesti dibina kembali. Malah semarakkanlah. Ingat, selain agama, apa yang perlu kita ada? Hanya ilmu. Maka, dengan pondok ini kita kukuhkan diri kita dengan ilmu. Setakat yang terdaya. Sekadar termampu dengan keupayaan kita.''
Itulah kata-kata Bapak Sano. Penuh keinsafan. Dengan semangat. Beriring harap.
" Defi.''
Bapak Sano merenungku legat. Kulihat gurisan dahinya membuktikan derita batinnya. Kulihat matanya, berisi doa. Kurenung bibirnya, pucat, saksi kekurangan vitamin.
   "Bapak harap kamu ajari anak-anak di sini. Dengan ilmu duniamu. Dan ilmu akhiratmu. Seiringkanlah.''
Begitu kata Bapak Sano. Aku mengangguk-angguk. Memang begitulah niatku. Malah sebelum bencana ini, aku memang bercita-cita sebegitu.
 " Defi.''
Kehilangan
Panggilnya lagi. Kulihat matanya berair. Serentak itu diriku terserap sama kepiluan. Hiba bernada pilu dalam diri. Sebak dadaku, dan ah, aku juga menangis sepertimu, bapak. Dan lihatlah, air mataku lebih banyak.
``Defi. Kita cari kembali diri kita dari kehancuran ini. Bapak tidak dapat turut serta bersama-sama kamu. Bapak semakin tidak berdaya. Bapak mahu pulang. Bapak mahu.''
Ya, memang wajar aku menangis. Aku kuatkan hati untuk mengawal air mataku. Bukankah aku telah terlalu banyak menangis. Seharusnya hari ini, bermula hari ini, aku perlu menitiskan air mata pada saat-saat yang perlu sahaja. Aku mahu tunjukkan kekuatan diriku kepada anak-anak kecil yang mengangakan ilmu di pondok ini.
Bapak Sano merapatiku. Tubuhnya kelihatan lemah. Berpaut pada kerusi, terbongkok melangkah.
``Lihat anak-anak itu. Mereka tidak mengerti apa yang terjadi. Jika ada yang memahami pun, pengertian mereka tidak sebanyak pengertian kita. Mereka perlu menempuh hari depan dengan keyakinan. Mereka perlu bekal untuk menghadapi siang dan malam. Mereka perlu diajari mengapa dan bagaimana.''
Aku mengitari pandang anak-anak di bawah kanvas pondok. Kulihat mereka sesekali riang, sesekali murung, sesekali ketawa, dan menangis. Oh, air mata, janganlah mengalir lagi.
``Manusia seperti kamulah, Defi. Harapan yang tua untuk penerus.''
Aku teringatkan guruku, Suhani. Dia guruku yang terbaik. Dialah pembakar semangatku selama ini. Dialah yang menarik tanganku, mengajarku tulis baca. Tapi sayang, cuma senyuman dan nasihatnya kuterbayang. Dia telah pulang. Pulang dibawa ombak. Hilang bersama cita-cita dan kekuatannya.
Seorang anak kecil bernama Marlina menghampiriku. Tidak berkasut. Aku bertanya mengapa.
``Sudah hilang.''
Jawapannya mudah tapi berat. Selebihnya aku mendalami kehilangannya. Dia bukan sahaja kehilangan selipar malahan dia hanya ada dirinya sahaja. Ibu dan ayahnya telah dikuburkan. Saudara-saudaranya juga. Rumahnya ranap. Buku-buku dan baju-bajunya turut ke bumi. Oh, kuatkan diriku, ya Allah.
Aku memulakan hari-hari keyakinanku untuk mengajar anak-anak ini ilmu tulis baca hinggalah yang remaja sedikit kuajari ilmu alam, Matematik, Sejarah dan bahasa. Aku bersama-sama tiga orang muda yang lain berada di situ dari pagi hingga ke petang. Dan sesungguhnya di situlah kami mengisi malam dengan kesabaran dan keazaman. Kulihat langit berbintang cantik, terasa cukup kontras dengan bumi tempatku yang berpijak ini. Langit indah terbentang, kekal tidak pernah berubah. Sedangkan desaku, hancur musnah. Oh, Tuhan.
Malam dilatari bunyi bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Kesayuan mengusik naluri. Selesai maghrib aku tatapi, tekuni dan dalami satu demi satu surah. Kulakukan setiap malam dengan suara serakku dan sesekali air mata menitis. Hatiku cepat-cepat menghantar ingatan. Perlu kuat. Perlu kuat.
Suatu malam, aku didatangi Marlina.
``Saya lapar,'' katanya.
Kupeluk dia erat-erat. Dapat kurasakan jantungnya berdegup hampir dengan jantungku. Entah mengapa aku merasakan dia berada dalam diriku. Aku akan berkongsi kepedihan bersama-sama dengannya. Aku mahu menghadapi hari ini, esok dan mendatang dengannya. Aku berandaian, jika boleh jiwa kami disatukan, aku sanggup berkongsi jantung dengannya.
Aku bawa dia ke dapur. Biskut kering sekeping dua masih ada. Roti separuh plastik masih terbuka. Kubancuhi susu. Kusuapi dia walaupun kulihat dia agak kekok dan malu-malu. Aku dapat merasakan kemanjaan yang sepatutnya diserahkan kepada ayah dan ibunya telah tumpah kepadaku.
Sepanjang malam, Marlina tidur memelukku. Terjaga pertengahan malam, dipanggilnya aku.
``Kak Defi.''
Aku memeluknya kembali.
Terjaga menjelang subuh dipeluknya aku semakin erat.             
``Kak, saya rindukan mama, ayah.''
Kupujuki dia. ``Tidur, Mar, esok ke sekolah.''
``Kenapa tidak sekolah sekarang?''
``Solat subuh dulu, ya.''
Kepala Marlina diletakkan di atas lenganku. Oh, Tuhan. Air matanya sedingin daun-daun basah dinihari.
Marlina, kau akan bersamaku. Begitu kata hatiku.
Pondok Ilmu diperindah sedikit dengan kerjasama orang-orang sekeliling. Mereka memberi sokongan tenaga dan perhatian selain doa berterusan agar anak-anak di sini dapat menikmati dunia dengan lebih yakin, berisi ilmu.
Suatu petang, aku membawa Marlina bersiar-siar di sekitar desa. Kehidupan mesti diteruskan. Itulah yang kulihat dan rasakan ada pada orang-orang desaku. Perniagaan kembali berjalan walaupun amat perlahan. Nelayan telah ke laut sehari dua ini walaupun pulangnya kecewa. Petani mula mencangkul tanah walaupun kudrat terasa lemah. Urusan diteruskan walaupun banyak halangan. Bantuan makanan, pakaian dan perubatan daripada sukarelawan masih ada walaupun sudah banyak yang pulang.
Tekadku untuk membangunkan desa dari segi keilmuan pada anak-anak di situ terasa semakin kuat. Walaupun kutahu perjuangan ini amat payah, namun itulah baktiku kepada bumiku, kepada agamaku. Siapa lagi yang diharapkan di sini, jika bukan anak peribumi seperti aku, Dinda dan Faruqi. Ya, Allah, berilah kami kekuatan.
Hadiah
Aku singgah di rumah Pak Sano. Dia kelihatan terlalu uzur. Pak Sano menyandar di kerusinya. Sehelai sejadah tidak jauh dari tempat duduknya. Kusalami dia diikuti Marlina. Diciumi Marlina lalu digenggam erat tangan anak kecil itu.
Aku berasa amat sebak ketika Pak Sano menghadiahi Marlina sepasang kasut berwarna merah. Bahagian depan kasut itu dihiasi bunga-bunga berwarna kuning dan biru. Kata Pak Sano, ``Sepatu ini saya jumpai di tepi masjid. Aku tidak temui pemiliknya walaupun telah lama kugantungkan di hadapan rumahku. Ambillah, Marlina.''
Pak Sano menyambung, ``Anggaplah ini hadiah saya untuk anak kecil tanda harapan dan kasih sayang.''
Pak Sano kemudian bertanyakan tentang Pondok Ilmu. Wajahnya penuh syukur. Aku ceritakan lagi dan lagi. Hingga dia seperti keletihan. Aku meminta izin untuk pulang. Pak Sano mengangguk namun matanya seperti berat melepaskan.
Aku mengajak Marlina ke tepi laut. Angin kasar dan lembut berganti-ganti. Fikirku, jika ombak datang lagi, oh Tuhan, ambillah nyawaku. Namun selamatkan Marlina. Jika aku pergi Marlina kurasakan akan menjadi aku suatu hari nanti.
``Kak Defi, ombak datang!''
Suasana sunyi. Benar-benar sunyi.
Kulihat pelangi, cantiknya. Kukatakan pada pelangi, aku ingin ke sana. Aku rindukan sinar. Aku rindukan keindahan. Dan kebahagiaan. Itu doaku. Doa kami.
Aku memejamkan mataku. Marlina menghampiriku. Menunjukkan kasut merahnya. Aku dan Marlina berlari-lari, kemudian menuju pelangi. Dan kami rasakan seperti menari-nari di atas pelangi.

-untuk anak-anak pesantren yg aku kenali dulu, smg Allah memberkati kalian, semoga kalian tetap kalian yg dulu,yg bandel,yg riang dan menyenangkan walau dlm suram...

Friday, December 24, 2010

bersyukurlah...

Hari ini saya berpuasa bersama emak.  Tahun ni saya agak jarang dapat berpuasa sunat.  Bukan tidak mahu tetapi dgn kerja yg bertimbun-timbun dan suara yg menjadi modal dalam pekerjaan,(saya bukan penyanyi, jgn salah faham,hu3) adalah sukar tuk saya berpuasa. Tekak menjadi cepat kering sejak mengajar murid Tahun 1. Mengajar mereka pitching suara selalu kena tinggi.  Kalau tak, alamat mereka boleh berkhayal sampai tembus dinding kelas. Namun menjerit-jerit di dalam kelas bukanlah cara saya, cuma suara perlu terang dan kuat agar dapat menarik perhatian. Maka tidaklah dapat saya selalu mengerjakan puasa Isnin dan Khamis.Insyaallah azam tahun 1432H ni saya akan cuba..
Minggu ini saya disuruh membasuh kereta oleh mentor iaitu abah, hu3.Malas tapi siapa lagi yg nak disuruh..

Saya kebelakangan ini banyak  menghadapi masalah dan dugaan hidup.Memanglah, hidup manusia mana yg tiada dilanda masalah kan..Perkara sebegini buat saya terfikir adakah saya kurang bersyukur atas nikmat kurniaan Allah?  Mungkin juga saya lalai dalam ibadah. Mungkin inilah caranya Allah mahu mengajar saya, mengingatkan saya bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Kaya, Maha Mengetahui setiap sesuatu...Saya jadi insaf..

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur" (Al-Araf:10).

Saya sedar saya banyak mengeluh dan kurang bersyukur.  Saya tidak mahu menjadi golongan seperti yg disebut dalam ayat Allah di atas.  Semoga saya jd orang yg lebih bersyukur sekarang dan akan datang, insyaAllah.
Siap akhirnya..Amacam boleh buka kedai tak,hu3.Punyalah berkilat tapi abah merangkap mentor kata tak bersih kat area kusyen coz saya lupa vacuum.  Ala bolehla kan kat dalam mana orang nampak..

Minggu ini banyak juga hal yg perlu diuruskan.  Yang pertama saya ke hospital ditemani emak. Ini merupakan temujanji yg pertama . Sakit apa? Sebenarnya sakit bukanlah serius namun tidak berkurangan ataupun hilang.  Dah banyak klinik saya rujuk, akhirnya dr di klinik Senawang mengesyorkan saya ke Hospital Besar.  Saya pergi dengan kereta tapi kena pula berjalan kaki untuk ke naik ke hospital.  Mujur ada bus chatter yg menunggu.  Rupanya bas memang sedia untuk pelawat hospital kerana parkir kereta orang awam berada di bahagian bawah.  Kalau gunung tu,kira di kaki gununglah,hu3.  Alhamdulillah saya pun naik bersama mak dengan rasa senang hati.  Saya terus beratur dan ambil nombor lalu ke tingkat 2.  Namun lain pula yg saya jangkakan.  Saya fikir mungkin seorang dua sahaja yang bertemu janji hari itu, rupanya ramai...Dari nombor 1,akhirnya nombor yg dipanggil sudah random. Hati mula panas.  Yela kalau baik begini, lebih baik datang lambat. Akhirnya setelah 2 jam menunggu, barulah nombor saya dipanggil.  Kesian mak kena tunggu lama. Biasalah hospital kerajaan..sabar jelah. Lagipun saya juga salah seorang kakitangan kerajaan,terima sahajalah keadaan ini.

Dalam pada itu, saya dapat perkhabaran dari house-mate,rumah kami bocor pula.  Dia mahu berpindah ke rumah lain.  Hmm saya ikutkan je. Walaupun dalam hati saya malas nak angkat barang lagi, tapi apa boleh saya buat, kawan dahpun jumpa rumah sewa yg baru. Tak kisahlah...

Minggu ini juga saya menguruskan hal pinjaman pelajaran saya dulu.  Rimas dengan hutang, saya mahu mengeluarkan KWSP untuk melangsaikan hutang itu.  Walaupun tak sepenuhnya saya harap ia dapatlah mengurangkan jumlah pinjaman tersebut. Naik komuter, saya jadi rindu dengan kehidupan yg dulu, zaman saya terkejar-terkejar tren dari stesen Putra Gombak ke stesen yg terakhir iaitu Klana Jaya.  Juga terkejar-kejar bas untuk ke ofis. Zaman itu pentingkan diri. Himpit-menghimpit, langgar atau menolak orang sahaja kerja saya(rasa bukan saya seorang kot, hu3) Janji saya dapat naik bas.Sampai di KL Sentral, hati jadi sayu.  Inilah tempat saya singgah untuk solat Asar dan Maghrib tiap-tiap hari.Perjalanan dari KJ ke Gombak memakan masa hampir 45 minit. Bayangkan waktu tamat kerja jam 6, saya perlu berlari turun ke bawah utk dapatkan bas. Kadang2 terlepas juga.  Saya tawakal untuk solat Asar.  Kadang2 hampir jam tujuh sampai di stesen KJ, kena berebut pula dengan muslimin yg jg mahu bersolat.  Ruang solat hanya satu.  Setiap hari, hati berdoa semoga Allah mudahkan solat Asar dan Maghrib saya. Saya tidak dibenarkan solat dalam waktu kerja kecuali solat zuhur.Selalu juga saya pulang lewat dan pernah mencecah jam 11mlm. Kawan-kawan serumah sedia menunggu dalam risau.Kerja dengan orang cina waktu itu memang mencabar.  Dalam fikiran mereka kerja duit, duit kerja, mana ada solat. Tapi saya tabahkan hati. Saya yakin ada rezeki lain yg menanti. Akhirnya Allah mendengar doa saya dan berakhir juga zaman itu, alhamdulillah..

This coach is only for ladies.Mana-mana lelaki yg naik coach ni sure kena keluar. Perkhidmatan yg bagus!

KL Sentral-Tempat ini juga yg paling setia kerana di sini saya dan kawan-kawan berkumpul.  Tempat ini juga saya dan rakan akan bertemu untuk plan kami. Tapi plan kami tu sangatlah rahsia, hu3 sampailah sekarang. Saya amat bersyukur kerana tidak lagi menempuh waktu seperti masa yang dulu. Betullah orang kata, yang pahit akan manis juga akhirnya.  Zaman itu saya rasa payah,tapi sekarang ia menjadi pengalaman manis bergula.

Minggu depan, ada mesyuarat di sekolah yg pertama untuk sesi persekolahan 2011.  Pada hari itu juga kami akan dapat tugasan untuk 2011. Apalah jawatan yg saya dapat nanti.Insyaallah, saya terima apa sahaja tugasan walaupun saya akui ada tugasan yg tak 100% saya buat tahun lepas memandangkan banyak jawatan,.Macam gila kuasa pula bunyinya,hu3.  Maaf jika entry ini hanya mengimbau kenangan lama...Namun saya sekadar berkongsi, semoga bermanfaat..

Sunday, December 19, 2010

Si kidal

Pernah seorang rakan menegur,
"Awak tangan kidal ke?"
"Aah, mana awak tau ni," Saya sedikit terkejut kerana baru sahaja diperkenalkan dengannya oleh roommate saya sebentar tadi.
"Tak, nampak awak buka locker, ambil hanger dan baju semua guna tangan kiri.." jawabnya.
Saya hanya tersengih.  Memang saya si kidal. Kidal yg tegar!!! Kerana saya sangat sukar menukar ke tangan kanan apabila saya memegang barang, menulis, bekerja malah ketika makan menggunakan sudu...Malah ketika sekolah rendah dulu saya tidak dapat menggunting dengan baik dan menggaris dengan lurus.  Bila aktiviti seni melibatkan guntingan(terutama anyaman), saya sangat frust sebabnya hasil seni saya pasti akan jadi paling buruk.

Orang melihat individu kidal ini sebagai istimewa.  Tapi saya pernah melihat diri sebagai orang yg seakan cacat,huhuhu. yelah segala-galanya bertentangan dengan orang biasa. Tapi itu masa zaman sek rendah.  Sekarang saya amat-amat menghargai tangan kidal saya ini.  Walaupun boleh dikatakan semua benda saya gunakan tangan kiri, tapi sekarang saya cuba utk menggunakan kedua-dua tangan. Dulu ketika menjadi relawan di Aceh, saya dan kawan pernah ditegur oleh anak-anak malah ustaz nya juga kerana kami menggunakan tangan kiri untuk menulis.  Kebetulan dalam kumpulan itu, ada lebih kurang 5 orang bertangan kidal. Kata mereka tak baik menggunakan tangan kiri kerana perbuatan dalam agama Islam banyak didahulukan dengan bahagian kanan.  

Sejak itu saya tingkatkan skill tangan kanan saya.  Tapi tidaklah berapa baik. Yang penting ketika makan pakai sudu, saya akan ingatkan diri sendiri, walaupun kadang-kadang terbabas juga.  Dah habis makan baru sedar, hehehe.Senang saya makan pakai tangan je. Sehingga ada anak murid saya yang menegur ketika menulis di papan putih.
"Kenapa cikgu tulis macam senget je?"
Saya terus tukar tangan kanan.  Tapi dikomen lagi olehnya.. 
"Yang tadi tu lagi cantik cikgu tulis.."
Saya tukar balik tangan kiri

Di ruangan ini saya ingin berkongsi fakta yg menarik mengenai tangan kidal

Definisi
Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.
brainorg


Hubungan kidal dengan otak
Secara amnya kidal  bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.
Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.
Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

Fakta menarik
1. Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.
Kajian dari Abertay University Skotlandia menemukan bahwa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khautir membuat kesalahan.”
“Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bagian yang sepertinya mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Dr Lynn Wright, yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Skotlandia, 
percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
1. Kesukaran bagi individu kidal:
Menulis didalam buku tebal akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.
Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.
Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.(ye memang betul.. masa kat matrik dl, ada gk jumpa kerusi tuk kidal tapi kat main campus, langsung takde)
Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:
* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah
* Pelajar
2. Kelebihan bagi individu kidal:
Tulisan Arab:
Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.(ini memang saya akui)
Kreativiti:
· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
Kamera :
· Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.
“Adaptability:
· Because their world is dominated by right-handed products, lefties are much more easily adaptable to right-handed tools and utensils than righties are to left-handed products. This can be helpful if a lefty breaks his dominant arm and is temporarily unable to use it.”
Peperangan :
· Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.
· Kebanyakan pahlawan kidal terpaksa berlatih pedang dengan pahlawan tangan kanan. Oleh itu, mereka bersedia bertempur dengan pahlawan tangan kanan manakala majoriti pahlawan tangan kanan tiada persediaan menentang pahlawan kidal.
Individu kidal dipercayai mempunyai kelebihan dalam aspek:
Teknologi Maklumat, Seni, Sukan dan banyak lagi.  Antara individu yg kidal ialah:
 Bill Gates,Saidina Umar Al-Khattab,Julius Caesar,Alexander the Great,Napoleon Bonaparte dan Isterinya,Leonardo Da Vinci, Mawi, Angelina Jolie, Oprah Winfrey,Amitabh Bachchan,Tom Cruise,Charlie Chaplin,Nicole Kidman,Marilyn Monroe,Angelina Jolie,Keanu Reeves,Lieonel Messi,Rafael Nadal,John McEnro,Lin Dan,Valentino Rossi

Rumusan
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg juga kidal.(saya dan kakngah adalah kidal, juga beberapa orang sepupu juga kidal namun ibu bapa tidak kidal)
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan
7. Individu Kidal, Individu Elastik
Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.

Orang kidal pintar?
Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. 

-Alhamdulillah saya bersyukur atas apa yg Allah bagi pada saya
-sekadar info, semoga bermanfaat-

tetamu senja...

Saya kongsikan sajak ini utk semua.  Antara sajak yang saya gemari oleh sasaterawan negara A.Samad Said yg sangat saya kagumi..


Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

Sunday, December 12, 2010

Can you speak English?

Bolehkah anda berbahasa atau berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris?  Sebenarnya isu ini ada saya bincangkan bersama seorang kawan rapat beberapa minggu yg lalu.  Kami merupakan graduan dari universiti tempatan yg menggunakan English & Bahasa Arab sebagai medium utama dalam komunikasi.  Pergilah ke mana-mana di dalam universiti, pasti anda tidak akan lari dari bercakap dalam English .Pada masa tersebut, kemampuan saya bercakap dalam English adalah medium.  Saya berusaha untuk memperbaiki English saya dan hasilnya saya dapat berkomunikasi dengan baik ketika bekerja sebagai Research Assistant di PJ dulu.Dalam masa 4 bulan bekerja saya dapat naik pangkat dengan cepat.  Alasan bos ketika itu kerana kemahiran komunikasi yg saya tunjukkan dalam setiap projek.

Namun itu dulu...sekarang saya jarang menggunakan bahasa Inggeris memandangkan saya bekerja di lingkungan yg menggunakan Bahasa sebagai medium utama. Dan saya sendiri mengajar Bahasa Melayu. Bahkan mengajar murid-murid yg agak lambat membaca dan menulis, lalu bagaimana saya nak mengasah bahasa Inggeris saya..

Keadaan ini saya sedari ketika cuba bercakap English dengan seorang guru BI di sekolah.English saya sangat buruk!Dan apabila saya  bertanya pada kawan yg juga berada dalam lingkup kerjaya yg sama, dia juga merasa sedemikian.  Sayangnya....tapi salah kami jg,  apa jua bahasa kalau tidak digunakan, pasti jd seperti parang yg tumpul, perlu diasah banyak kali baru jadi tajam.Saya tekad nak baiki Bahasa Inggeris saya.  Insya Allah saya kena mula dari sekarang.


 
Tapi English saya bukan seburuk ini...huhuhu

Penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah pada masa kini sudah dipertingkatkan.  Cuma penerimaan murid dan guru berbeza-beza.  Mungkin sekolah-sekolah di bandar menggunakan sepenuhnya kesempatan ini. Namun ia agak berbeza dengan murid-murid di pinggir bandar atau pedalaman. Kekangan dari  pelbagai aspek dan kemudahan kadang-kadang menyekat anak-anak di area ini untuk mendalami Bahasa Inggeris.  Ditambah dengan sosio ekonomi mereka yg tidak memberi galakan untuk mereka menambah minat terhadap Bahasa Inggeris, kadang-kadang isu ini seperti dipandang sepi. Namun tak dinafikan kesedaran tentang pentingnya Bahasa Inggeris telah meningkat dari tahun ke tahun.  Tahniah buat cikgu-cikgu di kawasan pinggir bandar atau pedalaman. Kementerian Pelajaran juga sudahpun menggantikan PPSMI dengan MBMMBI.  Saya sendiri terlibat dalam kursus Memartabatkan Bahasa Malaysia pada awal tahun ini.  Apa-apa pun bagi saya, bagaimana pentingnya bahasa ibunda, begitulah  juga pentingnya kita mempelajari bahasa-bahasa lain (terutamanya Bahasa Inggeris).  Untuk bersaing di mata dunia, kita perlu lengkap dengan senjata yg berguna.  Dan salah satunya adalah Bahasa Inggeris tanpa melupakan bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu!

bacalah...

salam...
Memandangkan masih dalam cuti sekolah, sy mula membelek-belek novel2 yg terkumpul di rak.  Terpandang buku-buku Faisal Tehrani,baru sy terfikir, sudah lama saya tidak menelaah karya-karya beliau.Walaupun selalu membaca entry di blog tehranifaisal.blogspots.com,tetapi saya lebih gemarkan bacaan yg maujud. Duduk sambil membelek-belek novel saya berfikir sudah agak lama saya tidak membaca novel.  Beban kerja di sekolah sangat-sangat mengambil separuh dari 24 jam waktu saya dalam sehari.  Tapi itu bukan alasan kan.. ilmu patut dicari setiap hari.

Saya adalah penggemar novel.  Bagi saya, membaca memberi ruang untuk saya masuk ke ruang hidup org lain 'a chance to escape to a diff world'. Dulu sy membaca novel-novel cinta..Tapi makin baca makin rasa tak kena dengan jiwa. Jalan cerita yg stereotaip dan adakalanya sangat mengkhayalkan,sedangkan ilmu yang nak disampaikan terlalu sedikit. Tak saya nafikan masih ada jg penulis yg bagus seperti Ramlee Awang Mursyid,Zaid Akhtar dan lain-lain.  Namun novel-novel yg banyak di pasaran sekarang nampaknya hanya sekadar cerita cinta. 

Bosan  dan frust,saya mula berhenti mencari novel.  Sehinggalah seorang kawan serumah (ketika di Gombak dulu)mengesyorkan sy membaca novel 1515 karya Faisal Tehrani.  Saya cuba menelaah.. Memang sangat kena pada jiwa krn saya suka sejarah.  Sejak itu saya dan kawan mula mencari karya-karya Faisal Tehrani..
Ini yg saya cari dan inginkan.  Dalam keadaan tekanan kerja ketika itu, alhamdullillah saya jumpa sesuatu yg saya suka.



Antara buku-buku FT yg ada dalam koleksi

 Dari seorang kawan yg bekerja di syarikat penerbitan buku.Dia yg tolong minta signature FT. 
Terima kasih kawan...

Bagi saya, karya Faisal Tehrani sgt bagus kerana bukan sekadar cerita, tetapi hujah dan disokong dengan dalil yg sahih sangat mengesankan...Ia amat bermanfaat krn banyak ayat-ayat AlQuran dan hadith yg terkandung.  Membaca karya FT sebagai satu pakej di mana kita bukan shj dpt menghayati jalan cerita yg menarik,bahkan ilmu agama juga seiring dapat kita perolehi..Bg sesetengah individu, isu dan topik karya beliau mungkin agak berat, namun bg sy, sampai bila kita hanya mahu membaca yg ringan-ringan tanpa mahu mencabar diri dengan isu yg berat.. saya tidak mahu duduk di takuk yg lama.Bukan nak mengangkat atau terlalu memuji fav writer sy, tapi inilah kenyataannya. Lagipun apa guna sy mengampu FT, Dia pun tak kenal sy,hehehe. Hanya sekali shj sy pernah bertemu dgn FT. Itupun kebetulan kami satu flight ke destinasi yg sama.

Jadi siapa shj fav writer kita, biarlah bahan bacaan itu berguna dan membantu. Yg paling penting tabiat membaca perlu sangat-sangat kita amalkan bersama...

Buku yg saya jumpa ketika di NAD dulu.Buku kenangan...

< hoca..jgn pernah putus dari rahmat Tuhan~kekasih sam po bo~>

Thursday, December 9, 2010

realiti

salam..seakan tak percaya menulis di blog sendiri.  Sebetulnya saya hanyalah pengikut dan pembaca blog-blog tertentu beberapa tahun ini. Sekadar membaca namun baru sekarang terfikir untuk menulis di blog sendiri. Saya bukanlah orang yg pandai menulis tetapi minat membaca tiba-tiba mendorong saya untuk berkongsi. Terima kasih kpd kawan rapat(dia tau diri dia)yg tak jemu-jemu  bertanya perihal blog.Dalam hati bimbang juga, yelah saya bertanggungjawab atas apa yg saya tulis dan ini akan di persoalkan di akhirat kelak. InsyaAllah saya cuba kongsikan cerita dan pengalaman.  Namun bukan sekadar mimpi shj, juga REALITI hidup.



 
antara mimpi-mimpiku...