Monday, January 17, 2011

‘F’

KELAS pemulihan telahpun bermula sepenuhnya pada minggu lepas.  Setelah menguji murid  dengan ujian diagnostik, dapatlah saya simpulkan murid saya bukan tidak boleh membaca, tapi penyakit ‘M’ sentiasa menguasai mereka. 
masih keliru dengan nombor
Saya melakukan beberapa perubahan, terutamanya kaedah mengajar. Antaranya,pembelajaran bebas setelah selesai menyiapkan kerja.  Murid, saya benarkan menyentuh laptop dan bermain dengan permainan interaktif.  Tetapi ada syarat, yang siap dulu dan betul semua sahaja berpeluang.  Yang lain nganga jelah,hu3. Siapa suh tak siap kerja kan...

Terdapat murid yang dilihat menunjukkan peningkatan. Alhamdulillah, walaupun cuti lama namun ada perubahan. Itu yang saya doakan setiap hari.  Mungkin sudah tiba masanya otak menjadi matang.  Biasanya begitu, di Tahun 3 baru boleh lihat perkembangan mereka.  Alhamdulillah,Allah terangkan hati anak-anak ini...
tenteng ni saya buat sebab dorang suka sgt melompat-lompat
ha,tak aci kaki dh turun sebelah tu..

Di sebalik cerita yang berkembang dari segi pelajaran dan badan(seorang anak murid saya obesiti,hu3),
ada juga cerita yang menguncup.
Seorang murid saya telah membuat saya menjadi hulk hogan minggu ini. Nasib baik kulit tak bertukar hijau.  Karenahnya sangat mencabar saya.  Semakin hari sabar saya semakin tipis. 

HARI ISNIN
“F, kenapa kamu tak siap kerja cikgu ni, susah sangat ke?”
 F tunduk, “Saya lupa...”
“Tapi ini kerja minggu lepas.  Cikgu nak kamu siapkan sekarang,”
Suara saya agak mendatar sebab hari Isnin kan, malas nak layan mood marah.

HARI SELASA
“Siapa tak siap kerja rumah semalam, mengaku je, cikgu tak nak buang masa marah-marah.”
Dan seperti saya jangka, orang yang sama juga tak siap. 

HARI RABU
“Semalam cikgu bagi kerja rumah kan. Sekarang semua buka buku,cikgu nak tengok.”
Ada seorang saja yang tak buka.  Dalam 8 orang murid dia sahaja yang tak bergerak. Saya ulang arahan. 
F, kamu tak siap lagi ke?”Saya cuba tahan marah. Murid ini perlu diajar.
“Tolong ambil pembaris tu, siapa tak siap kerja, mesti kena hukum.”
Dia tunduk dan hulur tangan.
Sebelum F keluar, saya tahan. 
“Cikgu rotan sebab apa?”
“Saya tak siap kerja,” Dia jawab perlahan
“Jadi awak mengaku memang salah awakkan, itu sebab cikgu rotan. Betul tak salah awak?” ( Saya rasionalkan semula apa yg saya buat td)
“Betul,” Saya capai dua bukunya  (BM dan MATH).
“Esok cikgu nak dua-dua kerja kena siap. Petang ni siapkan dulu baru keluar main,”
 Dia angguk.
“Janji dengan cikgu,”
“Janji,”  Dia jawab sungguh-sungguh.

HARI KHAMIS
“Ok,siapa yang ada kerja rumah semalam, bagi buku kat cikgu,”
Yang lain sibuk nak tunjukkan hasil kerja mereka.  Kebetulan ada aktiviti mewarna semalam. Seronok sangat sampai tak sempat siap dan saya suruh bawa balik. Tapi...
“ F,mana buku kamu?”
Dia hulur. Lambat. Saya dapat kesan sesuatu. Tak siap!
“Tak siap lagi!( Suara dah ke dalam sebab tahan marah). Meh sini buku Math pula.Pun tak siap!Apa nak jadi ni F !!! Kalau orang lain boleh siap kenapa kamu tak boleh siap! Semalam janji apa dengan cikgu?”
Suara saya bagai halilintar. 

Senyap.

Kau berdiri kat luar (kata ganti nama dah bertukar). Cikgu tak nak tengok muka kau hari ini. Siapkan sekarang!!”

Kebetulan hari ini mereka ada 5 waktu dengan saya (bercampur waktu BM dan MATH).  Jadi ada 2 jam setengah dia masa dia ada utk siapkan kerja.

Bila loceng rehat berbunyi, saya lihat dia menangis mengongoi di luar.  Bukan sebab menyesal,tapi sebab tak dapat makan katanya. Bertambah bengkak hati saya. Saya membebel panjang. Tak tahan, saya tinggalkan dia. Saya pesan pada kawannya suruh ajak F ke kantin.

Sebenarnya, bila keadaan seperti ini berlaku, saya jadi benci dengan diri. Sebabnya saya tak boleh tahan marah.  Kasihan anak-anak yang lain. Disebabkan mood yang marah, P&P hari ini tidak berapa menarik. Hancur segala plan dlm lesson note tu.

Dalam keadaan itu, saya ke bilik guru. Mencari orang yang dapat mengimbangkan emosi, saya terus mengadap Ustazah R.Dalam lembut, dia keluarkan kata-kata ini..
“Sharfizah... orang muda memang cepat marah, cepat terasa.  Akak pun macam tu dulu, Pantang salah sikit, budak mesti kena. Tapi yang penting niat kita, niat untuk betulkan kesalahan dia supaya dia tak ulang salah yang sama.  Banyak – banyak sabar. Bila marah, setan merasuk yang macam-macam.  Jangan letak marah depan akal kau.  Nanti yang datang emosi, bukan rasional.  Kita nak didik dia, buatlah dengan cara berhemah

Berhemah?  Saya fikir 1000x. Betul. Tak sepatutnya saya halau F tadi. Dia juga ada maruah.

Sepanjang hari saya terbawa-bawa kata-kata Ustazah R tadi. Sengaja saya ke POPULAR dengan niat cari buku yang dpt relax kan saya dan menghiburkan hati.Dalam mencari, mata saya terhenti pada tajuk buku yang agak kena dengan situasi saya. Tajuknya
Hebatnya Cara Rasullullah Mendidik” tulisan Razali Saaran. Mungkin buku ini ada sesuatu. Saya terus capai dan bayar. Balik saya belek dengan pegun.

Antara intipatinya..

“Benar, guru perlu banyak bersabar ketika mengajar kerana ia akan meningkatkan martabat guru di mata murid.  Tiada yang lebih bermakna bagi diri seorang guru yang sentiasa sabar dengan karenah muridnya melainkan akan diangkat martabat dirinya di sisi Allah dan Rasul-NYA,”

Ten... ten... ten...  Kata kuncinya SABAR.
Saya insaf kini.  Saya rasa saya tahu apa nak buat esok untuk anak-anak murid saya.

HARI JUMAAT
“Siapa tak datang hari ini?”
“F cikgu,”
Diam seketika.  Kelas hari ini saya teruskan seperti yang dirancang semalam.

emi,9 tahun, 75kg...ada berani?


7 comments:

  1. thn ni dah thn ke3 aku tekad taknak marah2..tp last2 tak jadi gak..xpe thn ni aku cuba lg..nti kte tgk sape plng penyabar??heheh

    ReplyDelete
  2. salam...semoga menjadi guru yang hebat..sehebat Cara Rasulullah Mendidik

    Ikhlas Daripada: Razali Saaran, JB

    www.teratakmuslim.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. afarha: boleh2, sape nak jadi pngadil kita nti,hu3

    ReplyDelete
  5. cikgu zalie: salam cikgu
    wah sy jadi kembang hati cikgu bila dpt komen dari cikgu, hu3.
    terima kasih krn doa cikgu & terima kasih krn menulis buku yg sgt bermanfaat..

    'MUDAH-MUDAHAN ALLAH MEMUDAHKAN URUSAN KITA DAN MENJADIKAN KITA GURU BERKESAN DI MATA PELAJAR...'

    ini antara ayat plg saya suka dlm buku 'Hebatnya Cara Rasullullah S.A.W mendidik'

    ReplyDelete
  6. cikgu sha :

    terima kasih yg tdk terhingga kerana telah membaca buku tulisan pertama saya itu..buku yang tdk seberapa, mdh2an memberi kesan dalam hati n pengajaran cikgu..

    saya juga jadi kembang, hehe...bila cikgu baca buku saya n suka ayat2 tertentu dlm buku itu...

    Semoga cikgu akan terus cemerlang di dunia dan berbahagia diakhirat kelas apbl bertemuNya nanti krn keikhlasan cikgu dlm mendidik..

    Cikgu Sha, keikhlasan itu sukar dijelaskan, tp dapat dirasa..

    ReplyDelete
  7. terima kasih cikgu...
    sesungguhnya kata2 cikgu ni sgt2 membantu sy..
    terutamanya bila semangat jatuh merundum..
    i'allah,smg kita sama2 mencontohi Rasulullah
    sebagai sebaik2 murabbi..

    ReplyDelete