Wednesday, February 22, 2012

Ya ALLAH...luruskan hatiku


LURUSKAN HATIKU TUHAN

 Ya ALLAH dengan berkat nabi-MU
Dengan berkat guruku
Luruskan hatiku
Agar agamaku lurus
Betulkan hatiku
Agar aku ikhlas selalu
Tetapkan hatiku
Agar hatiku tidak tergugat
Dengan ujian yg menimpa

Ya ALLAH...

Tuhan yang menciptakan hati
Bersihkanlah hatiku
Agar mazmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain
Wahai TUHAN...
Yang membolak-baIikkan hati

Kuatkan hatiku
Agar keyakinanku tidak berubah
Supaya aku sentiasa tabah
TUHAN..
ENGKAU rasakanlah hatiku
Sentiasa bersama MU

Supaya aku rasa ada yang melindungiku
Agar aku tak rasa sepi
Dalam hidupku
Agar aku rasa malu
Melanggar perintahMU
Agar aku sentiasa sedia
Menunaikan perintahMU


Ya ALLAH...
Tuhan yang menjaga hati
Luruskan hatiku
Supaya seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat
Dan tidak hasad
Dan tidak berdendan
Sesama manusia

 Ya Allah limpahkanlah dalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga dapat menyuluh hati dan kehidupanku
Supaya lahir dan batinku menjadi taat

Ya Allah
Aku harap Kau makbulkanlah
Permintaanku ini…


Saturday, September 3, 2011

Merotan Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Merotan Hati

Friday, July 8, 2011

tetapkan langkahmu..


Sahabat
Biar ujian seberat gunung
Walaupun kau jatuh ke lubuk dalam
Terperosok...
Hitam dan seakan-akan tiada cahaya
Jangan kau mengalah
Teruskan langkahmu..

Sahabat
Teruskan melangkah
Walaupun tidak mudah
Biar langkahmu kecil atau tidak gagah
Kutahu..
Pasti ia berat dan payah
Namun ia bukanlah masalah
Asalkan kau terus melangkah

Sahabat..
Bangkitlah..tegakkan bahu dan angkat mukamu
Buka jendela yang menutupi ruang-ruang hidupmu
Keluarlah dikau
Dan lihatlah sinar mentari itu...

Sahabat,
Teuskan langkahmu dan tetapkan ia
Lagi dan lagi
Jangan sesekali kau hentikannya
Ya,
Jangan dan jangan
Kerana aku
Amat-amat kepingin
Agar kau dan aku dapat sama-sam merasai
Keindahan hari esok itu..

Tetapkan langkahmu dan teruskan wahai sahabat...

Saturday, June 11, 2011

erti hidup untuk menyumbang...


SALAM
Seringkali apa yang kita rancang tidak menjadi seperti yg kita inginkan.  Sebelum tu, maaflah sudah lama tidak menulis dlm blog sendiri.  Saya menjalani rutin yang sibuk.  Mak saya kata kalah menteri yang berkempen. Tapi apa yang boleh saya buat, dh namapun kerja, jadi saya cuba laksanakan selagi mampu.  Memang tahun ni agak mencabar.

Ini antara yang saya sibukkan 3bulan pertama tahun ini. Penat tak terkata...tp demi SKPT

Sekali tengok mcm banduan lak budak2 ni hahaha.  Sori gambo belakang. Kalah di semi-final.

Memanglah frust bila netball kalah, tapi takpela kan.  Mungkin belum ada rezeki.  Mana tau menang tahun depan kan.. insya Allah

Tahun ni juga sy diamanahkan dgn pelbagai jawatan di sekolah.  Kadang-kala terfikir knp saya,balik-balik saya kena,knp org lain tak kena..
Masya Allah, bila fikir betul-betul, mungkin Allah nakbagi ilmu yg saya tak ada lagi,pengalaman pun tak banyak..Mungkin juga saya yan mampu buaT berbanding orang lain.  Jadi sepatutnya saya bersyukur dengan peluang yg Allah bagi ni.

Ke rumah salah seorang murid saya (thn 2)bersama guru bimbingan.Ibu bapa murid ini enggan memindahkan anak ke sekolah pendidikan khas.


LINUS TEGAR?
Tahun ni saya dapat 12 orang murid tak kenal huruf untuk murid Linus Tegar Tahun 1.  Ada 4 orang yang kenal huruf a je...
Tunjuk a dia bunyi a. Tunjuk d pun a jugak bunyinya. Tunjuk z pun a juga. SABAR ..SABAR .. cikgu...
Jadi, untuk mengurangkan bilangan murid LINUS TEGAR ni, saya pun ambil awal sikit berbanding yang disarankan kementerian,
Maka bermulalah episod saya mengajar si buta huruf menggunakan pelbagai teknik. Segala bahan saya cuba buat. Mana-mana cikgu pemulihan senior saya jumpa saya tanya.  Sebelum ni memang ada murid saya  yang tak kenal huruf tapi takdelah sampai 10 orang.

Membentuk huruf menggunakan plastesin


 


tulis huruf atas tanah

Hasyir dh takde mood coz kat padang panas.Takpelah panas ckit janji pandai kn..




Inilah dia sebahagian murid-murid Tahun 1 yg sy ajar.
 

Harapan saya semoga angka atau jumlah linus tegar ni berkurangan.. Ini mampu mengelakkan sekolah saya dari dipantau lagi orang jbtn dan ppd yang dh dekat 5 kali datang untuk 5 bulan ni, hu3.

Menjalani hidup tahun ini, membuat saya terfikir.. semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita akan perolehi.  Yang paling penting amanah dan kepercayaan orang terhadap kita perlulah kita pelihara sebaik mungkin.  Saya ingin menjadi manusia yang berguna dan menyumbang kpd org sekeliling saya.
Sebut perkara menyumbang ni,saya teringat masih ada satu cita-cita yg saya tak capai sampai sekarang.
Perkara ni biarlah jadi rahsia bersama seorang kawan,hu2.

Nasihat dari Saidina Ali r.a.
"Wahai anak Adam, jgnlah keterlaluan bergembira dengan kekayaan, jgnlah keterlaluan berputus asa dengan kefakiran,jgnlah berduka dengan bencana,jgn bersenang dengan kelapangan krn emas itu diuji dengan api.  Seorang hamba yg soleh diuji dengan bala. Sesungguhnya engkau tidak akan mendapatkan apa yang kau inginkan kecuali dgn meninggalkan apa yg engkau inginkan. Engkau tidak akan mencapai cita-cita kecuali dengan bersabar menanggung apa yg tidak engkau sukai.  kerahkan segenap kemampuanmu untuk memelihara yg difardhukan"

Semoga bermanfaat...


Sunday, March 13, 2011

tiada duka yang abadi

SALAM..
Sibuk... sibuk...sibuk...
Saya seakan tak tau apa yg berlaku di sekeliling. Yg sy tau pergi sekolah sebelum pkul 7pg, blik 6.30 ptg.Nilah rutin dlm 2 bulan ini..
Sangat penat...waa.sehingga esok mula cuti sekolah pun saya kena pergi sekolah...
Ya Allah,kuatkan hati saya.
Dalam pada itu, saya terjumpa bait-bait ini.Sgt berkesan di hati yg lesu.Semoga dapat dihayati, dan bermanfaat bukan untuk diri sy shj, tp jg tuk pembaca,InsyaAllah...

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari

Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini


Dah hayati? Sebenarnya ni lagu Opick-Tiada Duka Yang Abadi..Sengaja saya tak letak lgu ni, biarkan kita sama-sama selam dan faham liriknya..

Thursday, February 10, 2011

nak tegur ke tak?

SALAM
SAYA dlm konflik diri...
Macam mana saya nak cakap ngan kwn saya ni
Camna nak tegur kan dia, nak kata yg dia tengah buat salah
Bukan salah kecil tau, SALAH BESAR!(org melaka kata besau!)
YA ALLAH susahnya nak tegur org..
saya ikhlas nak tolong dia..
tp sekarang ni saya pun tak tertolong dia
cana nih..

orang kata "orang yang dapat menegur adalah orang yg juga sedia ditegur"
Saya pun bukan org yg perfect, bukan baik sgt..
Tapi saya tau dia tengah dilema dan bakal melakukan kesalahan..
Patutlah saya tegur dan bimbing dia kan..

YA ALLAH kuatkan hati saya nak tegur dia..

Kalau dh kuat, saya akan kata kan pd dia begini:

"KAWAN, hidup adalah pilihan..berdoalah pada Allah agar kau dapat buat pilihan yg terbaik untuk diri dan keluarga...berdoalah banyak2, semoga Allah memberi petunjuk, semoga kau tak salah memilih jalan hidup..."

Doakan saya jadi berani menegur...

Saturday, February 5, 2011

kempen membaca

SALAM...
ISNIN lalu,Program Nilam peringkat sekolah dilancarkan. Sebagai pembukaan,saya (jadi mc) sampaikan dua rangkap pantun sebaik shj memberi salam. Pantun berbunyi:

Meniti senja biasan mentari,
Merkah setitis menjelang kabut,
Bacalah baca setiap hari,
Tak akan habis ilmu dituntut.

Membaca bukan di kulit sahaja,
Ambillah isi,telitilah kandungan,
Kita sambut seruan negara,
Program Nilam kita lancarkan.

Guru Besar dijemput untuk memberi ucapan. Sebaik sahaja GB naik, saya duduk sambil mengamati ucapan beliau. Dalam ucapan,beliau ada menyebut mengenai purata rakyat Malaysia hanya membaca 2 buah buku dlm setahun.
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan (Al-Alaq:1)


Sangat sedikit? Tapi itulah hakikatnya kan..rakyat Malaysia memang tak suka buku. Tak payah tengok jauh-jauh, tengok jelah di sekolah saya.  Seawal jam 7pagi, Pengawas Pusat Sumber akan mengangkut bakul-bakul buku di dataran perhimpunan.  Objektifnya agar murid dapat mengisi masa senggang sebelum loceng pertama dibunyikan.  Namun berapa ramai yg datang awal dan duduk sambil membaca..hmm sangat-sangat mengecewakan.

Kempen membaca saban tahun dijalankan.  Namun mengapa kadar purata buku yg dibaca hanya 2 buah setiap seorang dalam 365 hari?Apa sebenarnya yang menyebabkan generasi hari ini kurang meminati buku atau bahan bacaan lain? Mahal? Berat? Bosan?Xda gambar? Mungkinkah juga teknologi sekarang yang membunuh minat membaca di kalangan masyarakat?Peperangan di antara keperluan akademik dan kemasyarakatan menyebabkan wujud kecelaruan sehingga masyarakat seluruh dunia terutama generasi muda enggan menjadikan amalan membaca cara hidup.


Buku...teman paling setia
Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran yang penting di peringkat sekolah rendah dan menengah. Ia menjadi semakin penting apabila seseorang itu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, iaitu kolej, institut atau universiti.
Sebagai guru, saya juga menghadapi masalah  murid yg kurang minat membaca, apatah lagi sy berdepan dengan murid yg memang tidak tahu membaca. Ada yang hanya tengok gambar saja dan terus sebut.  Ada juga mengeja beria-ia, tp yang keluar lain bunyinya.Aduh, sangat-sangat menduga. Tapi bila saya buka laptop atau komputer, semua jadi pandai membaca. Namun secepat flash dlm powerpoint, secepat itulah perkataan hilang dlm fikiran mereka.

Ya Allah terangkan hati anak-anak ini..
Bagaimana mahu meningkatkan tabiat membaca di kalangan murid-murid ini?  Soalan ini mungkin akan terus jadi soalan. Tapi bagi saya semuanya bergantung kepada persekitaran sekeliling. Membaca adalah tabiat yang boleh dipupuk. Minat membaca akan datang bila adanya pengaruh dari orang lain. Pengaruh mungkin dari orang yg rapat atau yg duduk di sekeliling atau dari orang yang kita percaya. Tabiat membaca perlu dihayati bersama-sama oleh kumpulan masyarakat. Tabiat tersebut tidak akan bertahan dan berkembang jika ia hanya dihayati oleh beberapa individu. Kumpulan masyarakat yg gemar membaca sangat penting kerana ia dapat memotivasikan murid untuk terus menghayati tabiat membaca.

Akhir ucapan, guru besar mengingatkan murid-murid, 'bangsa yang membaca adalah bangsa yang berjaya'. Saya sangat setuju dengan statement ni. Moga murid-murid faham, kalau bukan hari ini, esok-esok mereka akan faham, Insya Allah..
Selepas selesai mengacara, saya turun dari astaka dan Kak T menegur,
"Minah pantun... tak habis-habis dengan pantun ko ni, jgn lupa petang ni ada netball eh".
Ceh..minah pantun dia panggil saya...Dalam senyum saya angguk.